Tuesday, 22 July 2014

Entri #4: Gambar Bersama Sahabat Baik Yang Paling Saya Suka

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamua'laikum semua! Hendak tahu siapa sahabat yang paling saya suka? Sebenarnya, kalau dibolehkan, saya sudah membuat satu blog yang mengisahkan tentang semua sahabat saya. Sedihnya, saya tidak boleh mencoret lebih dari 350 perkataan. :( 
Oleh itu, dalam entri kali ini, saya akan memperkenalkan kepada semua empat sahabat yang paling saya suka. 

1) Sahabat sejak darjah 1 


Namanya Wisyah. Wisyah adalah rakan yang paling lama saya pernah berkawan dengan. Kami menjadi sahabat karib semenjak hari pertama persekolahan. Saya masih ingat lagi ketika itu, pada waktu rehat, dia sedang duduk di tepi tangga lalu saya menghampirinya. Memang tidak dapat dinafikan, hubungan kami sewaktu kami kecil amat melucukan. Pernah suatu ketika, kami bergaduh dan kemudian 'berpisah'. Kononnya, hubungan kami berhenti di situ sahaja tetapi pada keesokan harinya, kami 'bersatu' semula. Hahahahaha. Zaman pra-matang... :-P 


Gambar di atas diambil sewaktu kami berada di darjah 4.  

Kalau orang menggelarkan sahabat karibnya BFF atau 'Best Friends Forever', kami memilih untuk memberi kata singkatan BFTJ, iaitu, 'Best Friends Till Jannah' yang bermaksud, sahabat karib hingga ke syurga, in shaa Allah.

2) Kami empat sekawan 


Memperkenalkan, dari sebelah kiri saya, Isya, Sarah dan Aisyah. Selain daripada Wisyah, merekalah yang paling akrab dengan saya. Suatu ketika dahulu, kami pernah menjadi rakan sebilik selama seminggu ketika kami menyertai peraduan perdebatan di Universiti USIM. Mungkin disebabkan itu, kami sudah seperti saudara kandung dan hubungan kami diibaratkan bagai isi dengan kuku. 


Begitulah kisah tentang saya dan mereka berempat. Semoga Allah memelihara persahabatan kami yang suci murni ini dan semoga ukhuwwah kami berkekalan hingga ke syurgaNya, Allahumma ameen. 

Selesai sudah sesi perkongsian kali ini. Sehingga kita bertemu lagi, Assalamua'laikum! ☺️

Salam sayang, 
Al-Faqeerah

4 comments:

  1. saper teww yang petik dagu ? comel weiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tiga yang sedang petik dagu. Puan hamba maksudkan yang mana satu, ya?

      Delete
  2. Salam awak, penggunaan bahasa awak adalah baik ��. Saya setuju, apabila saya mengenangkan waktu dahulu saya, saya dengan sahabat saya agak 'lame' tetapu tidak mengapa itu semu adalah memori. Semoga persahabatan awak berkekalan .

    ReplyDelete