Thursday, 24 July 2014

Entri #9: Gambar Tempat Makan Kegemaran Saya

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamua'laikum semua! ☺️

Apabila sebut sahaja tentang makanan, sudah tentu saya akan menjadi insan yang paling ceria! Saya sangat suka makan! Jikalau disuruh untuk memilih antara hadiah yang berbentuk barang dan makanan, sudah tentu saya akan memilih makanan! 

Kedai makanan kegemaran saya

Benar, saya pernah memberitahu dalam entri ketiga saya bahawa saya sangat suka menjamu selera di kedai kopi kerana makanan yang dihidangkan menepati citarasa saya. Namun, saya tidak mempunyai kedai kopi kegemaran kerana saya suka semua kedai kopi asalkan ia menepati syarat-syarat tersebut: 

1) Pastinya, SEMUA juadah yang dijual adalah halal, bagi mengelakkan syubhah
2) Kedai tersebut menjual dua jenis makanan kesukaan saya iaitu Nasi Goreng Kampung dan Mee Laksa.

Buat pengetahuan semua, Mee Laksa di kedai Mr Teh Tarik adalah yang terbaik! Mmmdaaaaap! 


3) Tidak lupa juga, kebersihannya harus terjaga, ya!

Selain makanan Melayu, saya sangat gemar memakan makanan pasta! Lebih-lebih lagi spaghetti. Sungguh, saya tidak akan muak jika disuruh untuk memakan spaghetti berhari-berhari! Hmmm, mesti anda semua sudah tertanya-tanya apakah kedai makanan kegemaran saya. 
 
Haaah, inilah dia kedai makanan kegemaran saya! 


                                                                       Eighteen Chefs! 

Saya mula jatuh cinta pada kedai ini pada kali kedua saya ke sana. Mengapa tidak pada kali pertama? Haaah, sebenarnya, pada kali pertama, saya telah memilih menu hidangan yang kurang menepati citarasa saya. Disebabkan itu, saya sangkakan kedai ini tidak begitu seronok atau 'best'. Walaubagaimanapun, sejak mencuba spaghetti berperisa 'Spicy Tomato' atau tomato pedas, saya rasa seperti hendak ke 18 Chefs setiap hari! (NOTA: Ini sekadar hiperbola sahaja. Haha!) Tetapi terus terang saya katakan, sedapnya ya ampun! 

Harga makanan bagi seorang pelajar seperti saya juga amatlah berpatutan. Hanya $6.40 untuk satu set yang mengandungi sebuah makanan utama, teh ais limau dan semangkuk aiskrim. 



Berikut merupakan di antara kenangan-kenangan saya yang dirakam di 18 Chefs:


              Kali kedua saya ke 18 Chefs iaitu selepas menduduki kertas 2 bahasa Melayu O-level 



Inilah cara kami meraikan kemerdekaan daripada tekanan O-level! Gambar ini dirakam selepas menduduki ujian O-level yang TERAKHIR iaitu kertas 1 bagi subjek Sains.



                     Hmmm, apa agaknya rakan di sebelah kiri saya, Sarah, sedang fikirkan ya? ;-P


   

                      Temu janji saya (yang halal) bersama si dia! Haha! 
 


Sekian sahaja perkongsian kali ini, Assalamua'laikum! ☺️

Salam sayang, 
Al-Faqeerah

 

No comments:

Post a Comment