Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamua'laikum semua! ☺️
Nota: Entri ini mengandungi unsur-unsur yang mengelirukan kerana cerita lawak yang cuba disampaikan mungkin tidak akan sampai ke hati anda.
Buat pengetahuan semua, ini merupakan entri saya yang terakhir. Haih, sedih sungguh! Ini bermakna masa kegemilangan saya akan berakhir kerana tidak ada yang akan membaca blog saya lagi! Populariti saya pasti akan terjejas! Oh tidaaaaaak! :-(
*Baiklah, sesi drama sudah pun tamat.*
Hendak tahu apakah barang yang terakhir saya beli?
Jeng jeng jeng! Mempersembahkan, barang terbaru saya!
3, 2, 1, 'Action'!
Cantik, bukan?
Hmmm, hendak gelarkan barang ini dengan perkataan apa, ya? Saya sebenarnya tidak tahu apa namanya dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Inggeris, barang ini dipanggil 'clapperboard'. Tidak mengapalah, saya gelarkannya dengan perkataan 'barang' sahaja. Hahaha! (Barang, kasihan awak tidak mempunyai nama!)
Haaaah, mesti ada di antara anda akan bertanya sebegini: "Waaah, beli di mana?!?!"
Hakikatnya, saya juga amat teruja apabila ternampak barang tersebut di kedai buku Popular. Manakan tidak, barang ini sangat antik dan susah didapati di kedai-kedai lain. Saya telah membeli barang ini pada hari Rabu yang lalu.
Satu pembaziran?
Sebenarnya, saya merupakan seorang yang tidak suka berbelanja. Kadangkala, adik-beradik saya berkata saya kedekut kerana saya asyik menyimpan duit tanpa membelanjakannya. Bukan kedekut terhadap orang lain kerana sekali sekala, saya akan membelanja ahli keluarga saya tetapi kedekut terhadap diri sendiri! Mengapa? Sebab saya tidak suka membeli barang untuk diri sendiri selain daripada makanan. Bapa saya pula menggelarkan saya 'tangkai jering'. Hahaha! Lucu bukan? Bukannya apa, setiap kali saya ingin berbelanja, pasti saya berasa bersalah dan sayang untuk membelanjakan duit saya. Kononnya, saya khuatir akan berlakunya pembaziran.
Hanya kali ini, tanpa berfikiran panjang, saya terus bersetuju untuk membelinya. Mungkin disebabkan keunikan barang ini. Tambahan pula, saya terfikir untuk menggunakannya dalam satu projek rahsia saya akan datang. Mungkin juga disebabkan raya bakal menjelang dan in shaa Allah koleksi duit akan bertambah. Kekekekekeke... (Walaupun pada hakikatnya saya tidak dibenarkan untuk menyimpan semua duit kutipan saya)
Nampaknya, saya sudah pun sampai ke penghujung entri. Saya benar-benar berasa sedih untuk berpisah dengan anda semua. Huhu :(
In shaa Allah jikalau ada masa lapang, saya pasti akan menukil lagi! Sehingga kita bertemu lagi, Assalamua'laikum. ☺️
Salam sayang,
Al-Faqeerah
No comments:
Post a Comment