Tuesday, 22 July 2014

Entri #3: Idea Saya Tentang Temu Janji Pertama Yang Sempurna

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamua'laikum semua. Temu janji pertama yang sempurna? Rasanya, yang dimaksudkan di sini adalah temu janji dengan pasangan hidup, atau mungkin BAKAL pasangan hidup. Aduuuh, saya rasa seolah-olah saya ini belum cukup umur untuk membicarakan tentang hal ini. Hahaha.  

Namun, yang pasti, saya inginkan temu janji yang pertama itu diadakan dengan yang sudah halal bagi saya. Senang kata, dengan sang suami. (Erk ><") Maksudnya, kalau boleh, sepanjang tempoh selepas peminangan, kami tidak bersua muka kecuali ada orang ketiga. Kalau sudah ada orang ketiga, ia tidak termasuk dalam kategori temu janji saya, kerana yang saya maksudkan dengan temu janji di sini adalah temu janji antara dua insan sahaja. ;-) 

Sebelum meneruskan bacaan, saya ingin mengingatkan semua untuk bersedia kerana mungkin ada di antara anda semua akan melabelkan saya sebagai seorang yang pelik. Saya tidaklah seperti kebanyakan orang yang ingin mengadakan temu janji pertama mereka di tempat-tempat yang romantis seperti tepi pantai, hotel dan sebagainya. Lebih jauh dari mereka yang inginkan temu janji mereka diadakan di taman hiburan. 

Secara peribadi, saya rasakan temu janji itu sudah cukup sempurna dengan adanya sesi menjamu selera. Saya mahu temu janji itu diadakan di kedai makan biasa sahaja. Seperti di warung atau kedai kopi. Mengapa? Saya suka menikmati makanan ala-ala kampung di suasana kampung. Kedai makanan tersebut tidak semestinya berhawa dingin, asalkan kebersihannya terjaga ya! Bagi saya, suasana sebegitu lebih romantis. (Ya, sememangnya saya pelik! Hahaha) 

Keadaan kedainya boleh dibayangkan sebegini: 


Gambar diatas sebenarnya dipetik pada tahun lepas ketika saya bermusafir ke negara Malaysia. 

Haaah, begitulah temu janji idaman saya! Tidak perlu ada lilin mahupun sejambak bunga yang disediakan di atas atas meja tersebut. 

Sekian sahaja yang mampu saya kongsikan. Kisah seterusnya, biar takdir sahaja yang menentukannya. :-P

Salam sayang, 
Al-Faqeerah 



1 comment:

  1. Salam bahagia saya ucapkan. Pada pendapat saya, bahasa awak adalah baik dan baku. Awak bukannya seorang yang pelik, awak merupakan seseorang yang bertimbang rasa terhadap pasangan awak, awak juga mudah terpegun. Di samping itu, saya juga setuju bahawa temu janji dengan pasangan yang sudah halal itu lebih afdhal daripada yang belum.

    ReplyDelete