Tuesday, 15 July 2014

Sebuah Permulaan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua. 

Selamat datang ke blog saya! Buat pengetahuan semua, ini merupakan kali pertama saya berblog. Sebenarnya saya pernah terfikir untuk membuka akaun blog sebagai tempat menyuarakan suara hati. Namun, disebabkan kesuntukan masa yang ditambah lagi dengan sifat kemalasan yang amat sukar dibuang, saya tidak membuka akaun blog hingga ke hari semalam. Cikgu Nir, guru bahasa Melayu saya telah pun memberi kami satu hadiah yang menarik, (dan sememangnya ia menarik!) iaitu, menulis blog selama sepuluh hari berturut-turut. Inilah masanya! Bagi saya, ini merupakan sebuah permulaan kerana saya tidak pernah menukil di lelaman Blog, Wordpress, atau sebarang lelaman yang sewaktu dengannya sebelum ini. Saya menganggap perkara ini sebagai satu peluang untuk saya memantapkan lagi gaya penulisan saya serta memperbaiki penggunaan bahasa Melayu saya. Selama ini, saya hanya membaca blog rakan-rakan serta penulis-penulis yang saya minati. 

Kepada Cikgu Nir yang sedang membaca entri ini, saya memohon maaf kerana tidak memulakan blog saya dengan entri bertemakan 'Lagu Kegemaran Saya'. ☺️ 

Untuk entri yang seterusnya, in shaa Allah, saya akan menukil tentang sepuluh perkara yang pertama yang berikut: 


Kepada Cikgu Nir serta pembaca sekalian (BACA: sekiranya ada), saya memohon maaf terlebih dahulu sekiranya terdapat kekurangan dalam entri saya kali ini mahupun yang akan datang. Sekian sahaja dari saya, insan yang kerdil ini. 

Selamat membaca semua! ☺️

Salam sayang, 
Al-Faqeerah

No comments:

Post a Comment