Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamua'laikum semua. Saya doakan semoga pembaca sekalian berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Hmm, apabila sebut sahaja tentang filem kegemaran, saya pasti akan terbayang semula semua filem-filem yang pernah saya tonton. Hakikatnya, saya mempunyai banyak filem kegemaran. Walaupun entri kali ini mungkin memerlukan saya untuk berkongsi tentang satu filem sahaja, saya akan berkongsi tentang tujuh filem kegemaran saya. Hendak tahu apakah filem-filem tersebut?
1) Princess Protection Program
2) The Princess Diaries
4) Another Cinderella Story
6) A Cinderella Story
7) Barbie in The 12 Dancing Princesses
Saya pasti, selepas memerhatikan gambar-gambar di atas, anda semua dapat mengagak bahawa saya suka filem-filem yang berunsur kisah dongeng, bukan? Mungkin ramai juga yang sudah tertawa dan beranggapan bahawa saya kurang matang. Benar, walaupun saya sudah memasuki tahun ketujuh belas, saya masih mengikuti siri filem-filem Barbie. Namun, bagi saya, tidak salah bagi seorang remaja atau dewasa untuk menonton filem sebegitu. Bukankah setiap orang mempunyai dua personaliti, satu yang berjiwa kedewasaan dan kedua, yang berjiwa keanak-anakan? Seperti orang lain, saya juga mempunyai jiwa keanak-anakan.
Mungkin anda juga sudah tertanya-tanya mengapa tidak ada filem yang berbahasa Melayu sedangkan projek 10 hari ini merupakan projek bahasa Melayu. Sebenarnya, saya juga amat suka menonton filem-filem Melayu dan telah menonton hampir kesemua filem terbitan syarikat perfileman tertentu seperti Metrowealth Pictures, Skop Production dan lain-lain.
Sekadar perkongsian, salah satu daripada filem Melayu kegemaran saya adalah, filem yang berjudul 'Syurga Cinta'. Saya pasti ramai sudah menonton filem lakonan selebriti Malaysia popular, Awal Ashaari dan Heliza Helmi ini. Untuk pengetahuan semua, saya sudah pun menonton filem ini lebih daripada tiga kali dan setiap kali saya menontonnya, saya tidak pernah berasa bosan dan tidak meninggalkan mana-mana bab! Ajaib bukan?
Saya sarankan anda semua menonton filem-filem yang telah saya kongsikan di atas. Lebih-lebih lagi, filem yang berjudul 'Princess Protection Program'. Saya tidak akan menceritakan sinopsinya di sini. Mengapa? Tidak seronok lah nanti! Oleh itu, selepas raya nanti, tunggu apa lagi? Lungsurilah lelaman Youtube untuk menonton filem-filem tersebut. Selamat menonton! ☺️
Nampaknya, saya perlu menghentikan perkongsian saya di sini sahaja kerana saya sudah berceloteh panjang. Tidak mengapa, kita bertemu lagi dalam entri saya yang seterusnya, in shaa Allah. Nantikan ya!
Salam sayang,
Al-Faqeerah
No comments:
Post a Comment