Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamua'laikum semua! ☺️
Alhamdulillah, dengan izin Allah, projek 10 hari telah pun selesai dengan jayanya. Syukur kepada Allah SWT kerana telah memberi saya keupayaan dan fikrah untuk menukil di ruangan blog ini.
Kepada Cikgu Nir, terima kasih kerana memberi kami tugasan yang mencabar namun sangat menyeronokkan! Dengan adanya projek 10 hari ini, saya dapat melatih menulis dalam bahasa Melayu baku tetapi dalam bentuk santai. Ini sudah pasti jauh lebih menyeronokkan dari menulis karangan. Hehehehe.
In shaa Allah, saya bercadang untuk meneruskan tulisan blog pada masa lapang. Dengan ini, saya dapat memanfaatkan masa saya selain dengan membaca novel-novel atau membaca blog rakan-rakan serta para penulis yang diminati. Selain daripada itu, ini merupakan salah satu peluang yang paling mudah untuk saya memperbaiki penggunaan bahasa saya yang sememangnya sudah semakin berkarat! Kekekeke!
Sebelum saya mengakhiri catatan saya pada malam ini, saya ingin mendedikasikan sebuah gambar buat Cikgu Nir yang cantik molek lagi cun melecun.
P/S: Cikgu, saya rasa kekok (awkward) berdiri sebelah Cikgu sebab Cikgu lawa sangat. #pickupline :-P
Akhir kalam, Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua! Maaf Zahir dan Batin!
تقبّل الله منّا و منكم صالح الأعمال
Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita sepanjang Ramadhan ini, ameen ya Rabbal A'lameen.
Sekian, Assalamu'laikum! ☺️
Salam sayang,
Al-Faqeerah